Perbezaan generasi kadangkala menyebabkan kedua-dua pihak sukar memahami antara satu sama lain. -Gambar hiasan AI
BERTAHUN-TAHUN memendam rasa akibat sering disindir saudara-mara, seorang lelaki akhirnya hilang sabar apabila isu yang sama terus diungkit setiap kali dia pulang ke kampung.Lelaki berkenaan menegaskan dia bukanlah sengaja mahu bersikap biadab, sebaliknya sudah terlalu lama menahan emosi akibat celoteh 'pedas' seorang ibu saudara yang disapa sebagai maklong. Menurutnya, setiap kali pulang ke kampung, maklong sering mempersoalkan kehidupannya yang masih menyewa bilik di Kuala Lumpur selain kerap menyindir statusnya yang belum berkahwin walaupun umur sudah semakin meningkat.Perbuatan menghina atau mengutuk boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gangguan emosi. -Gambar hiasan AI"Aku meletup dekat rumah mak, depan 20 orang. Bertahun aku telan dan senyum saja sebab mak pesan suruh sabar, mak long itu orang tua."Tapi masa kenduri sepupu, mak long mula lagi. Dia cakap agak kuat siap pandang tetamu... gaji dia bukan banyak pun, jangan harap dapat tolong keluarga."Aku terus letak pinggan. Aku cakap perlahan saja... mak long, sewa bilik aku RM900 itu pun selepas aku hantar duit bulanan dekat mak... bil elektrik, ubat abah, yuran adik aku selama empat tahun. Mak long tak tahu sebab aku tak pernah canang," ceritanya.Kata-kata itu membuatkan suasana di rumah tiba-tiba sunyi.Ada ahli keluarga yang tertunduk, manakala sebahagian lagi dilihat cuba menahan senyuman.ARTIKEL BERKAITAN: “Kecil la kondo ni!” - Makcik mulut lancang tak jaga hati tuan rumah, datang ‘housewarming’ buat kecoh... Merungut susah cari parkingARTIKEL BERKAITAN: Hajat berbuka puasa percuma terbantut, semuanya gara-gara mulut lancang isteri AJK surau... Siap kena pulau!Lebih menyentuh perasaan, ibunya hanya memandang ke arahnya dengan mata kemerahan tanpa menunjukkan sebarang kemarahan mahupun memberikan pujian."Satu rumah terus senyap. Ada yang tertunduk, ada juga yang cuba menahan senyuman. Sekarang, keadaan dalam grup WhatsApp keluarga semakin kecoh."Separuh daripada mereka cakap aku kurang ajar dan 'derhaka lidah'. Separuh lagi mesej aku secara peribadi ucap terima kasih sebab mereka tak pernah berani cakap begitu dekat mak long."Aku pun tak rasa nak minta maaf, tapi jujurnya aku sendiri masih keliru. Hormat orang tua sebenarnya sampai tahap mana? Diam tu adab atau kita sebenarnya pengecut," ujarnya lagi.Lelaki akhirnya bersuara selepas bertahun-tahun menahan sindiran mak long.Empat tahun tanggung belanja keluarga tanpa pengetahuan saudara-mara.Sindiran ketika kenduri membuatkan lelaki itu akhirnya dedahkan pengorbanannya.Ahli keluarga berbelah bahagi selepas lelaki menjawab sindiran mak long.Netizen sokong tindakan lelaki mempertahankan maruah diri.Ringkasan ini dijana oleh AIHantaran itu menarik perhatian ramai yang rata-rata bersimpati dengan nasib lelaki berkenaan, selain menyokong tindakannya mempertahankan diri selepas sekian lama menjadi sasaran sindiran keluarga."Orang macam ni lebih baik kita jauhkan diri. Bukan putus terus, tapi sabar ada hadnya. Saya pun buat. Alhamdulillah, 20 tahun dah tenang."Ada masa memang kena meletup juga. Lama diam, makin dipijak. Pedulikan apa orang nak cakap, kurang ajar atau derhaka janji tenang jiwa raga."Ni bukan meletup tapi pertahankan diri. Sekarang dah tahu siapa yang toksik dalam keluarga. Teruskan tolong mak ayah," komen sebahagian netizen memberi pendapat.