PENYANYI Jennifer Lopez berkongsi pengalaman melucukan apabila anak lelakinya pernah mempersoalkan penampilannya yang gemar mengenakan pakaian seksi ketika membuat persembahan di pentas.Jennifer, 57, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 10 tahun lalu selepas dia mengadakan persembahan di Las Vegas. Mengimbau kejadian tersebut, anak lelakinya, Max Muñiz yang ketika itu berusia tujuh tahun menghampirinya selepas persembahan berkenaan.Jennifer bersama anak lelakinya, Max Muñiz.Dia pada mulanya menyangka anaknya mahu memuji persembahan yang dilakukan, namun sebaliknya Max mengemukakan satu soalan yang tidak dijangka."Selepas persembahan, anak lelaki saya datang dan berkata, 'Ibu!'."Saya fikir dia mahu berkata persembahan tadi sangat hebat. Tetapi dia bertanya, 'Kenapa ibu tidak memakai seluar ketika berada di atas pentas?'" kongsinya semasa muncul dalam program The Drew Barrymore Show.Jennifer yang terkejut dengan pertanyaan itu bagaimanapun menjelaskan kepada anaknya bahawa pemilihan pakaian berkenaan sebahagian daripada imejnya sebagai penghibur.ARTIKEL BERKAITAN: Usia sudah 57 tahun, ramai sakit mata dengan gaya berpakaian Jennifer LopezARTIKEL BERKAITAN: Mariah Carey mengaku masih tak kenal Jennifer Lopez"Saya fikir mungkin perkara itu nampak pelik bagi kamu."Saya seorang penghibur pentas. Saya juga penari, sayang. Itulah pekerjaan saya," ujarnya.Bagaimanapun, teguran Max tidak membuatkan Jennifer mengubah gaya pemakaiannya.Malah, dia tetap tampil dengan imej berani menerusi persalinan yang menonjol ketika membuat persembahan.TONTON VIDEO PILIHAN!