suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak mahu beri hadiah mengarut, Intan Najuwa labur RM40,000 bina sauna khas untuk suami

Intan dan suami mencuba sauna yang baharu siap dibina di kediaman mereka.

SEMPENA ulang tahun kelahiran suaminya, pelakon Datin Intan Najuwa sanggup berbelanja besar apabila menghadiahkan sebuah sauna khas yang dibina di kediaman mereka.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkata dia melaburkan sebanyak RM40,000 untuk merealisasikan hadiah berkenaan yang disifatkan lebih bermanfaat buat suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman.

"Tahun ini saya pilih nak bagi hadiah hari lahir yang tak mengarut sikit!

Intan fokus pada kesihatan suaminya.

"Disebabkan dia bakal memasuki usia 41 tahun, jadi saya laburkan RM40,000 untuk bina sauna di dalam rumah," katanya menerusi hantaran di Threads.

Menerusi hantaran tersebut, Intan turut berkongsi beberapa foto yang memaparkan keadaan sauna berkenaan selepas siap dibina.

Dalam hantaran berasingan, pelakon itu turut memuat naik foto bersama suaminya ketika mereka mencuba kemudahan baharu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia muncul semula“ - Intan Najuwa diugut bunuh, lelaki misteri minta belikan komputer

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa akhirnya kata ‘YES‘, teruja kembali berlakon selepas tiga tahun

Pada masa sama, Intan turut menitipkan ucapan istimewa buat suaminya selain berharap hadiah berkenaan dapat memberi manfaat kepada kesihatan mereka sekeluarga.

"Selamat datang ke era kesihatan dan kesejahteraan.

Intan berhabis duit bina sauna di rumah.

"Semoga semakin sihat, semakin bahagia dan dipanjangkan umur. Selamat menyambut hari lahir lebih awal, suamiku!" tulisnya.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga bersama Azraf pada 18 Ogos 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Imane Lunara dan Imane Laudya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain