suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Momen Abby Abadi bersama anak-anak undang sebak, terima kejutan istimewa sempena hari lahir

Abby terharu dapat berkumpul kembali dengan anak-anak.

SELEPAS melalui pelbagai dugaan dalam hubungan kekeluargaan, pelakon Abby Abadi pastinya terharu apabila kembali dapat meluangkan masa bersama tiga anaknya dalam suasana penuh bahagia.

Menerusi perkongsian terbaharu di TikTok, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkongsi momen istimewa apabila menerima kejutan sambutan ulang tahun kelahiran daripada anak-anaknya itu.

Abby mengakui hilang kata-kata menerima kejutan tersebut, namun meluahkan rasa gembira kerana berpeluang meluangkan masa bersama tiga anaknya iaitu Marissa Dania, Danish Hakim dan Maria Danisha.

Abby sambut ulang tahun kelahiran lebih awal.

"Yang mama tahu, mama gembira hari ini. Kami jelah tetamu untuk majlis ini.

"Jadi datangnya dalam keadaan santai-santai saja. Sambut awal tiga hari sebab Marissa maklumkan nak pergi menunaikan umrah," katanya.

Dalam video tersebut dapat dilihat Abby memeluk Danisha dan Danish dengan erat seolah-olah melepaskan kerinduan yang sudah lama terpendam.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun pendam rasa, Abby Abadi bagai hilang hak sebagai ibu... “Marissa ada mama sahaja”

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak saya perlu diselamatkan” - Abby Abadi kongsi luahan hubungan toksik

Dalam hantaran berkenaan, Abby turut menzahirkan penghargaan kepada Marissa kerana sudi meraikan hari istimewanya bersama keluarga.

Malah, dia menyifatkan ketiga-tiga anaknya sebagai anugerah terindah yang tidak ternilai dalam kehidupannya.

"Alhamdulillah segala lelah menjadi bahagia, segala pengorbanan menjadi cinta.

"Abang, Adik, Baby adalah cinta yang tidak pernah mama minta dibalas, pengorbanan yang tidak pernah mama sesali dan doa yang tidak pernah berhenti ,ama titipkan kepada Allah SWT.

Abby dilihat memeluk dua anaknya iaitu Danish dan juga Danisha.

"Semoga syurga menjadi tempat kita bersama selamanya," tulisnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa syukur dan gembira melihat hubungan Abby bersama anak-anaknya kembali erat.

"Begitulah ibu-ibu, terasa macam mana pun dengan anak-anak tetap sayang.

"Bagusnya Marissa satukan ibu dengan adik-adik," antara komen netizen.

Abby turut menerima kejutan daripada Danish dan Danisha.

Pada September lalu, kemelut hubungan anak beranak itu memuncak apabila Abby mengakui berat menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran anak bongsunya seolah-olah berlaku sesuatu antara mereka.

Dia juga seakan-akan sudah bersedia sekiranya anak perempuannya itu memilih untuk melupakan dirinya, selain menitipkan pesanan meruntun hati sebagai seorang ibu.

Untuk rekod, Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim pada tahun 2002 sebelum bercerai pada 2009.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Abby kemudian berkahwin dengan Faizal, manakala Norman pula bernikah kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain